Monday 29 August 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Kepada ahli PPDS dan semua warga Desa Saujana diucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri pada 30hb.Ogos 2011.
Semoga bulan Ramadan yang dilalui menjadikan kita insan yang lebih bertaqwa kepada Allah swt.

Selamat pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing dan selamat kembali ke rumah anda.
Pandulah kenderaan dengan kesabaran dan keimanan, semoga anda selamat sampai ke destinasi yang dituju. Amin.

Sunday 7 August 2011

Majlis Berbuka Puasa JPP Desa Putra di Surau Al-Firdaus Desa Saujana

Assalammualaikum wbt, Salam Ramadan Al Mubarrak

Tuan-tuan dan puan-puan warga Desa Saujana dijemput menghadiri Majlis berbuka puasa seperti berikut :-
Tarikh  : 13hb. August 2011 (Sabtu)
Tempat : Surau Al-Firdaus Desa Saujana
Program :
  6.30ptg - kehadiran para penduduk
  6.45 ptg - Ucapan aluan PPDS
  6.50ptg - Ucapan Aluan Pengerusi Surau Al Firdaus (Hj Azahari)
  7.00ptg - Ucapan dari Ahli Majlis Desa Putra (Ir Hj Haslin)
  7.10ptg - Tahlil ringkas 
  7.32ptg - Bebuka Puasa

Semoga dengan kehadiran  Tuan-tuan dan puan-puan akan menambah keberkatan Ramadan dan Ikatan Ukhuwah antara penduduk Desa Saujana.


Wassalam.


Sazali Ramli 
Setiausaha PPDS 2011/2012

Sunday 5 June 2011

Senarai Terkini AJK, Biro dan Ketua Zon

Assalamualaikum wbt.
Berikut adalah senarai terkini AJK, Biro dan Ketua Zon yang telah dilantik pada mesyuarat pertama AJK PPDS pada 29/5/2011 yang lepas. Sebarang cadangan atau pertanyaan berkenaan hal persatuan boleh dibuat terus kepada Ketua Biro yang dilantik.



Sazali Ramli
Setiausaha PPDS 2011/2012

Friday 29 April 2011

Keratan Akhbar Lama Desa Saujana

Keratan akhbar UTUSAN MALAYSIA tarikh 8hb. Ogos 2005..sekadar cebisan kenangan lama, walau bagaimanapun segala permasaalahan telah lama di selesaikan oleh AJK PPDS 2005 bersama-sama pihak berwajib. Tahniah dan terima kasih kepada mereka.

 Teks Penuh...  
SEPANG 7 Ogos - "Hentikan tarik tali di antara pemaju dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) kerana apabila timbul masalah, penduduk yang menjadi mangsa!"
 
Demikian luahan tidak puas hati penduduk Taman Desa Saujana, Sungai Merab, di sini apabila Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong bekalan elektrik untuk lampu jalan di taman tersebut lebih sebulan lepas.
 
Lebih menyakitkan hati, tindakan tegas TNB itu berpunca daripada kegagalan pemaju  menjelaskan bil elektrik lampu jalan sejak Mei lalu.
 
Ketua Biro Pembangunan Masyarakat taman tersebut, Ahamad Said Omar, 35,
berkata, ini kali ketiga bekalan elektrik dipotong menyebabkan kawasan perumahan gelap-gelita.
 
Menurutnya, pemaju mendakwa MPSepang akan menyelesaikannya tetapi pihak majlis pula mendakwa, ia masih di peringkat penyelarasan.Katanya, ketiadaan lampu jalan menyebabkan anjing berkeliaran pada waktu malam malah ia pernah mengejar penduduk yang berjalan kaki atau menunggang motosikal.
 "Bayangkan pula keselamatan orang kurang upaya, kanak-kanak dan wanita jika dikejar  anjing pada waktu malam," tambahnya.
 
Bagi Pengerusi Persatuan Penduduk Desa Saujana, Tusiman Surip, 40, ketiadaan lampu jalan memberi peluang kepada pencuri untuk menceroboh. Menurutnya, disebabkan keadaan gelap, pencuri turut mengambil kesempatan mencuri  kabel telefon yang boleh dijual dengan harga yang tinggi di pasaran gelap.
 "Kami tidak pernah gagal membayar cukai taksiran kepada MPSepang sebanyak RM71 hingga RM117 setiap enam bulan. "Oleh itu di mana tanggungjawab MPSepang dalam menyediakan prasarana penting  untuk kami," katanya.
 
Nor Azizan Aziz, 34, turut melahirkan rasa kecewa dengan sikap pemaju dan MPSepang  yang didakwa tidak begitu prihatin dengan nasib penduduk.
 Menurutnya, sebagai contoh, sijil layak menduduki (CF) cuma bersifat sementara sejak tahun 2001 dan masalah tersebut berlarutan sehingga sekarang.
 "Kami dimaklumkan, ia berpunca daripada kegagalan pemaju menyediakan jalan yang sempurna malah longkang tidak mengikut spesifikasi manakala jalan pula mendap," dakwanya.

Beberapa Aspek Penting bagi Pembeli Rumah
Sebelum anda membuat keputusan bagi membeli rumah, sila pastikan:
Pemaju Perumahan mempunyai lesen yang sah dan masih lagi berkuatkuasa
Mempunyai permit iklan dan jualan yang sah dan masih lagi berkuatkuasa

Kenal Pasti Jenis Rumah
Surat Perjanjian Jual dan Beli (SPJB) untuk tanah dan bangunan (landed property) seperti rumah banglo, rumah berkembar dan rumah teres ialah 24 bulan. SPJB untuk bangunan yang dipecahbahagikan (Building intended for subdivision) seperti kondominium, rumah pangsa, apartment dan rumah bandar ialah 36 bulan.

Pembeli adalah dinasihatkan mendapatkan brosur/risalah secara percuma daripada pemaju di mana di dalamnya terdapat semua maklumat penting projek termasuk nombor lesen, permit dan sebagainya.

Status Tanah
Pastikan status tanah sama ada:-
Hakmilik Kekal - bermakna selama-lamanya kekal.
Pajakan – pastikan baki pajakan tamat pada tarikh pembelian.
Rezab Melayu.
* Semakan mengenai status tanah ini boleh dibuat secara carian di Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftar Negeri.

Maklumat Brosur
Brosur diberi percuma oleh pemaju dan pastikan kandungan brosur mempunyai maklumat berikut:-

Nombor lesen pemaju perumahan dan tarikh sah laku;
Nombor permit iklan dan jualan dan tarikh sah laku;
Nama dan alamat:
i) Pemaju perumahan berlesen
ii) Ejen-ejen yang diberi kuasa (jika ada)
iii) Pemegang surat kuasa wakil (jika ada)
iv) Syarikat pengurusan projek (jika ada)
Status tanah:
i) Bebas
ii) Pajakan - pastikan tarikh tamat pajakan
iii) Bebanan – sama ada telah dicagarkan kepada bank untuk pinjaman.
Dekripsi kedudukan
i) Spesifikasi bahan binaan rumah
ii) Luas bangunan
iii) Kemudahan/perkhidmatan
Nama projek perumahan, jika ada;
Tarikh projek perumahan dijangka siap;
Harga jualan setiap jenis rumah;
Bilangan unit setiap jenis yang ada; dan
Nama Pihak Berkuasa Tempatan yang meluluskan pelan-pelan bangunan dan nombor rujukannya.

Hak dan Kepentingan Pembeli dalam Perjanjian Jual dan Beli Rumah
Perlu difahami isi perjanjian Jual dan Beli rumah sepertimana JADUAL G dan H yang terdapat dalam Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.

Bayaran Pertama
Pembeli perlu menandatangani SPJB pada masa pembayaran pertama 10% harga rumah dibayar kepada pemaju. Pastikan tarikh bayaran pertama dan SPJB adalah tarikh yang sama.
Untuk makluman pemaju tidak boleh mengutip apa-apa bayaran dengan nama apa pun tanpa suatu Surat Perjanjian Jual dan Beli.
Pastikan apa-apa tuntutan bayaran ansuran kepada pemaju disokong dengan satu perakuan yang ditandatangani oleh Arkitek atau Jurutera Pemaju yang bertauliah.

Faedah Yang Dikenakan
Sekiranya pembeli atau pembiayaan (End Financier) pembeli gagal membayar bayaran ansuran dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh menerima notis bertulis bayaran, pembeli akan dikenakan faedah oleh pemaju yang dikira dari hari ke hari atas kadar 10% setahun ke atas ansuran yang tidak berbayar.

Pembatalan Perjanjian Jual dan Beli
Sila ambil ingatan bahawa kegagalan pembeli membayar bayaran ansuran dan faedah yang dikenakan bagi suatu tempoh melebihi 28 hari, pemaju boleh menamatkan perjanjian Jual dan Beli. Pemaju hendaklah menghantar Surat Berdaftar A.R. kepada pembeli tentang hasratnya membatalkan Perjanjian Jual dan Beli. (sila rujuk subfasal 10(1)(a), 10(2) dan 10(3) dalam Jadual G atau Jadual H, Perjanjian Jual dan Beli)

Bayaran Penyelenggaraan Infrastruktur
Pembeli hendaklah membayar kos penyenggaraan infrastruktur dari tarikh pemilikan kosong sehingga masa penyenggaraan infrastruktur diambil alih oleh Pihak Berkuasa Berkenaan atau Badan Pengurusan Bersama (bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi).
Infrastruktur yang dimaksudkan ialah:
Bagi tanah dan bangunan
• Jalan, jalan masuk rumah, parit, pembentung, saluran air dan loji pembentungan bagi pemajuan perumahan berkenaan.
Bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi
• Jalan, jalan masuk rumah, parit, pembentung, saluran air dan loji pembentungan bagi bangunan berkenaan.

Bayaran Penyelenggaraan Perkhidmatan
Mulai dari tarikh pemilikan kosong pembeli hendaklah membayar bagi perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:-
Bagi tanah dan bangunan
(i) Perkhidmatan pungutan sampah, pembersihan parit-parit awam, pemotongan rizab jalan.
(ii) Bayaran ini wajib dibayar hanya sehingga perkhidmatan ini diambil alih oleh Pihak Berkuasa Yang Berkenaan.
(iii) Pembeli hendaklah membayar pendahuluan sebanyak 6 bulan pada masa mengambil pemilikan kosong. Sekiranya selepas 6 bulan, perkhidmatan ini masih belum di ambil alih Pihak Berkuasa Yang Berkenaan, apa-apa pembayaran selepas itu hendaklah dibayar secara pendahuluan bulanan.

Bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi
(i) Bayaran perkhidmatan adalah bagi penyenggaraan dan pengurusan harta bersama dan pembayaran bermula apabila pemilikan kosong diambil.
(ii) Pembeli hendaklah membayar deposit satu (1) bulan dan tiga (3) bulan pendahuluan bagi perkhidmatan penyenggaraan ini dan apa-apa bayaran kemudian hendaklah dibayar satu bulan terdahulu.

(iii) Bayaran perkhidmatan penyenggaraan ini wajib dibayar kepada pemaju daripada tarikh pemilikan kosong sehingga penubuhan suatu Badan Pengurusan bersama di bawah Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663).

(iv) Apabila Badan Pengurusan Bersama (Management Corporation) di tubuhkan di bawah Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663), perkhidmatan penyenggaraan akan diambil alih oleh Badan Pengurusan Bersama ini dan pembeli adalah wajib membayar perkhidmatan penyenggaraan kepada Badan ini dan bukan lagi kepada pemaju.


Ingatan :- Pembeli perlu mengambil ingatan bahawa perkhidmatan penyenggaraan ini wajib dibayar selagi pembeli adalah pemilik petak dalam bangunan yang diselenggarakan.

Kumpulan Wang Penjelas (Sinking Fund)
Bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi sahaja.
Pembeli hendaklah pada tarikh mengambil pemilikan kosong petak mencarum kepada kumpulan wang penjelas suatu amaun yang sama dengan sepuluh peratus (10%) daripada bayaran perkhidmatan.
Pembeli hendaklah membayar deposit satu (1) bulan dan tiga (3) bulan pendahuluan sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Penjelas mulai tarikh pemilikan kosong dan selepas itu caruman yang sedemikian hendaklah dibayar satu bulan terdahulu.

Bayaran Cukai Tanah, Cukai Taksiran dan Lain-lain
Mulai dari tarikh Pemilikan Kosong atau tarikh harta dipindahmilik mengikut mana yang terdahulu, pembeli adalah bertanggungjawab membayar cukai tanah, kadaran, cukai taksiran dan bayaran-bayaran lain berkenaan dengan harta yang dibeli.

Tempoh Pemilikan Kosong
Pemilikan kosong bangunan dengan bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan hendaklah diserahkan kepada pembeli dalam tempoh 24 bulan kalendar dari tarikh Perjanjian (bagi tanah dan bangunan) dan 36 bulan (bagi bangunan yang dipecahbahagi).

Syarat-Syarat dan Hak Pembeli Semasa Penyerahan Pemilikan Kosong (VP)
Pastikan harta bebas daripada sebarang bebanan semasa menerima notis penyerahan pemilikan kosong.
Sekiranya pemaju memajak tanah atau harta, minta pemaju selesaikan baki yang ada semasa penyerahan pemilikan kosong.
Syarat-syarat yang perlu dipatuhi:-
Perakuan dikeluarkan oleh Arkitek Pemaju yang mengesahkan:
a. Bangunan tersebut telah siap.
b. Bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan.
Pemaju telah memohon:
a. Pengeluaran CFO melalui Borang E *
b. PBT telah mengeluarkan surat perakuan bahawa Borang E telah disemak dan diterima oleh PBT.
* Borang E adalah permohonan daripada Arkitek pemaju kepada PBT untuk pengeluaran CFO.
Pembeli hanya boleh menduduki rumah apabila CFO sudah dikeluarkan oleh PBT dan kerja-kerja mengubah suai rumah hanya dibenarkan selepas mendapat CFO serta kelulusan pelan oleh PBT berkenaan.
Semasa pemeriksaan bangunan, sebarang kecacatan sahih direkodkan dan diserahkan kepada pemaju untuk tujuan pembaikan. Pastikan anda mendapat salinan aduan.Pembeli berhak menuntut ke atas kelewatan pemaju menyiapkan rumah.

Bayaran Gantirugi
Sekiranya pemaju gagal menyerahkan Pemilikan Kosong Bangunan pada masa yang ditetapkan dalam Perjanjian Jual dan Beli, pemaju hendaklah membayar kepada pembeli gantirugi yang dikira dari hari ke hari dengan kadar 10% setahun daripada harga beli rumah.

Tempoh Liabiliti Kecacatan
Tempoh Liabiliti Kecacatan adalah 24 bulan selepas Penyerahan Pemilikan Kosong.

Penubuhan Perbadanan Pengurusan Bagi Tanah dan Bangunan Yang DiPecahbahagi
Satu Perbadanan Pengurusan akan diwujudkan oleh pembeli-pembeli apabila Hakmilik Strata bagi tiap-tiap petak dikeluarkan dan dipindahmilik kepada pembeli.
Selain daripada beberapa fungsi lain, Perbadanan pengurusan adalah bertanggungjawab untuk menginsurankan dan menyelenggara bangunan.

Pertanyaan atau Aduan Perumahan
Anda boleh menghubungi :
Bahagian Penguatkuasa
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Paras 3, Blok B Utara, Pusat Bandar Damansara
50782 KUALA LUMPUR
No.Tel : 03 - 20932405
No.Fax : 03 - 20925049
sumber dari  :  http://ehome.kpkt.gov.my/ehome/informasi/tips.cfm

Wednesday 27 April 2011

Talian Telefon Kecemasan

Assalamualaikum wmt wbt,
No telefon yang penting apabila berlaku kecemasan. Sekiranya ingin memberi maklumat tentang keselamatan ataupun kegiatan mencurigakan di Desa Saujana, sila hubungi Balai polis Dato' Abu Bakar Baginda (Lans Kp. Rosli / Sjn Mjr Athiyaththan). 

Maklumat dan kerjasama penduduk Desa Saujana kepada polis dapat membantu mngurangkan dan membenteras kegiatan jenayah daripada berlaku.

Kalau ada no. lain2 yang ingin dimasukkan sila nyatakan dan saya akan update dalam list ini. 

Terimakasih.

Sazali Ramli 
Setiausaha PPDS 2011/2012

Friday 22 April 2011

Berita Kejiranan Desa Saujana

Majlis Perkahwinan Dirumah Kak Nora
Jom 'rewang & sinoman' rumah kak Nora pada 30 April & 1 Mei 2011, dan menjaya serta memeriahkan majlis perkahwinan anak beliau... sila war-warkan kpd semua penduduk.

Kuliah Tafsir Hadis untuk Wanita  
23 Apr 2011 (Sabtu jam 9.00 pagi) -
Anjuran : Wanita Desa Saujana (WADENA)
Tempat : Perpustakaan Desa Saujana
Sila hubungi Pn. Ilham Abd Kader utk maklumat lanjut.


Pembedahan di IJN 
Sdr Hizam, suami Pn. Nawiyah Jln /11, telah selamat menjalani pembedahan jantung pada 8 April lalu di IJN. Semalam beliau telah dibenarkan pulang ke rumah. Diberitakan bahawa jantung beliau masih lg dlm keadaan lemah. 

Jom Rehlah Ilmu-Promosi Cuti Sekolah 


















Amir Nushi Ibrahim
AJK PPDS
dipetik dari  facebook : Desa-Saujana-Sepang